
Puan Norhafizah Binte Hj Md Ali adalah pencetus idea untuk membangunkan pusat holistik yang unik ini kerana beliau sedar bahawa pentingnya untuk mewujudkan pusat yang lebih dari sekadar pusat yoga dan kesihatan. Pengalaman sebagai guru yoga selama sepuluh tahun tidak dipersiakan begitu sahaja. Beliau yang juga dikenali sebagai Feexa mengorak langkah dengan membuka sebuah pusat rawatan kecantikan dibawah satu bumbung, Anggun Timoer Sanctuary di Bukit Jelutong Shah Alam.
Sebagai pakar dalam bidang yoga dan kesihatan, Feexa juga telah melantik beberapa pakar dari pelbagai bidang untuk mengembangkan lagi perniagaan beliau. Pada tahun 2006, Anggun Timoer Sanctuary telah membuka peluang kepada wanita-wanita diluar sana dari pelbagai peringkat umur untuk belajar dalam persekitaran yang selamat dan bebas di mana mereka akan merasai perubahan positif di dalam diri mereka dan juga disedari oleh orang sekeliling.
Anggun Timoer Sanctuary juga menyediakan pelbagai perkhidmatan, termasuklah:-
- FIR (Sistem Pemanasan Inframerah Jauh)
- Kelas Yoga,
- Spa Pemeliharaan dan Penyembuhan,
- Studio Yoga dan Tarian,
- Program Pengurusan Berat Badan dan Kesihatan,
- Rawatan Penyembuhan dan Anti-Penuaan,
- Reflexology,
- Rawatan Galvanic Hand Spa,
- Seni Meditasi,
- Penjagaan Kulit dan Dandanan,
- Kelas Tarian,
- Yoga Untuk Kanak-Kanak,
- Fitness dan Kesihatan,
- Jenama Eksklusif Timoer Essence,
- Produk Penjagaan Kulit Antarabangsa,
- Yoga Eksklusif dari Feexa dan Seni Tarian.
Kesemua kursus dan program dibuat di pusat tersebut dan juga memlalui bengkel-bengkel dan pembentangan korporat. Latihan dari rumah juga ada disediakan.
Anggun Timoer juga menyediakan pelbagai produk eksklusif daripada 'Timoer Secrets' by Feexa yang terdiri dari rangkaian minyak pati dan produk-produk semulajadi dan dibuat dengan cara tradisi melayu. Produk penjagaan kulit antarabangsa juga disediakan oleh Anggun Timoer.
Tenaga pengajar untuk pusat ini terdiri daripada pakaar dari dalam dan luar negara dan telah mempunyai pengalaman mengajar selama beberapa tahun dipusat-pusat kesihatan terkenal diseluruh dunia. Pihak pengurusan syarikat ini juga terdiri daripada pakar-pakar tempatan dan antarabangsa untuk memastikan Anggun Timoer Sanctuary menyampaikan hanya yang terbaik untuk para pelanggan.
Kesemua perkhidmatan dan kelas disediakan dipusat ini dan juga desediakan melalui temu janji untuk bengkel-bengkel diluar.
Masa operasi untuk pusat ini adalah dari jam 10.00 pagi hingga 9.00 malam (isnin hingga jumaat), 10.00 pagi hingga 6.00 petang (sabtu), 11.00 pagi hingga 6.00 pagi (ahad) kecuali cuti umum.
Untuk Pertanyaan Sila Hubungi:
Emel : mail@feexa.com.my
Laman Web: http://www.feexa.com.my
Nombor Telefon Pejabat : 016-3315139
Lokasi : Bukit Jelutong, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan, Malaysia.