Wednesday, September 9, 2009

Timoer Products

(1) Timoer Secrets by Feexa
(2) Timoer body'z
(3) Timoer Low Fat Chocolate
(4) Timoer Yoga Accessories

Timoer Special

(1) Wellness Workshops
(2) Home Coaching
(3) Office Coaching

Health Services

(1) Weight Management Program
(2) Morning Sun Therapy (NASA Technology)

Timoer Beauty

(1) Ultrasonic Face Lifting Facial
(2) Galvanic Spa Lifting/ Body
(3) SkinCare by Skincode
(4) Manicure/Pedicure

Timoer Well-Being Programs

(1) Relaxing Aroma Massage
(2) Healing Hand Reflexology
(3) Foot Reflexology
(4) Healing FIR Aroma Massage

Tuesday, September 8, 2009

Timoer Holistic Learning

(1) Feexa's Fuzion Yoga
Merupakan latihan Yoga dari Feexa dimana ianya memberikan kekuatan dan ketenangan di dalam diri setiap pengamalnya serta melatih tubuh dan minda dalam sistem yang unik untuk melalui pengalaman yang berlainan.

(2) Fuzion Yoga Wellness Fun Club
Fuzion Yoga Wellness Fun Club adalah pelengkap kepada pengamal-pengamal yoga yang telah belajar dan berpengalaman dalam latihan yoga dari Feexa. Pengamal yoga ini akan mempelajari dengan lebih dalam lagi tentang manfaat yoga didalam suasana yang lebih ceria dan bersemangat.

Untuk keterangan lebih lanjut sila layari www.feexa.com.my

Timoer Dancersize


(1) Jazzercise
Ianya adalah kelas selama sattu jam untuk kardio, kekuatan badan, regangan dan latihan badan secara menyeluruh. Latihan ini mengambil pergerakan dari tarian hip hop, yoga dan Jazz.



(2) Belly Dance
Tarian yang anggun dengan lenggokkan pinggang yang memukau dan alunan badan yang semulajadi untuk meraikan tubuh badan wanita.




(3) MTV Dance
Tarian yang menyeronokkan untuk mendapatkan tubuh yang mantap dimana menggabungkan pergerakan aerobik dan pergerakan yang membakat lemak, melatih otot untuk bergerak dan meregang. Tarian ini lebih kepada pergerakan hip hop.

(4) Line Dance Remix
Ianya adalah senaman yang hebat untuk memantapkan tubuh badan dan merangsang minda, menyegarkan serta penuh dengan semangat.




(5) Latino Salsa Dance

Saturday, September 5, 2009

Produk 'Timoer Secrets by Feexa'


'Timoer Secrets by Feexa' ialah satu koleksi unik dari beberapa rangkaian produk yang terdiri dari minyak essense aromatik, minyak urutan aromatik, lulur, sabun detoksifikasi dan produk rawatan wajah yang dibuat hanya dari sumber-sumber asli dan bahan-bahan penyembuhan dari Asia Tenggara.

Kombinasi dari bahan-bahan tersebut membantu pengamalnya merasai lebih ketenangan, kulit mereka juga akan menjadi lebih halus.


Berikut adalah rangkaian produk 'Timoer Secrets' yang ada dipasaran.

Minyak Urutan Aromaterapi (Aromatic Massage Oil)

Minyak Aromatik kami adalah 100 % berasaskan minyak essense dan bebas dari alkohol. Sesuai untuk kegunaan harian samada di rumah atau di pejabat. Boleh digunakan sebagai 'burner' dan boleh juga disembur pada potpourri.


(1) Minyak Urutan Sensual (Sensual Massage Oil)
Minyak urut sensual ini adalah direka khas untuk menyembuhkan dan menyegarkan tubuh
badan.

Bahan-bahan:
Grapeseed,Jojoba, minyak sweet almond, patchouli, ylang-ylang dan vitamin E.

(2) Minyak Urutan Anti-Stress. (Anti-Stress Massage Oil)
Minyak urutan anti-stress ini direka khas untuk menenangkan dan memberikan kelegaan
kepada tubuh badan.

Bahan-bahan:
Grapeseed, jojoba, minyak sweet almond, lavender, geranium, cedarwood dan vitamin E.

(3) Minyak Urutan Total Relax (Total Relax Massage Oil)
Minyak urutan ini direka khas untuk memberikan kelegaan kepada ketidakselesaan
otot-otot.

Bahan-bahan
Minyak lavender, minyak rosemary, minyak juniper, caprylic, minyak zaitun, peppermint,
minyak sweet almond dan vitamen E.


Lulur (Ultimate Timoer Scrub)

Rangkaian lulur yang sedia ada dari Timoer Secrets mengandungi extak buah-buahan, bunga-bungaan dan bahan-bahan campuran exotic seperti kelapa dan coklat.

(1) Ultimate Coffe Scrub
(2) Ultimate Coconut Milk Scrub
(3) Ultimate Detox Scrub
(4) Ultimate Macoco Scrub
(5) Ultimate Sandalwood BathSalth Scrub


Sabun Detoxifikasi (Detoxifying Soaps)

Sabun detoksifikasi dari 'Timoer Scecrets by Feexa' diperkaya dengan pelbagai extrak bunga-bungaan dan buah-buahan untuk memberikan kelainan kepada para pelanggan kami.

Kepada pelanggan yang mahu mencuba rangkaian produk kami, kami telah menyediakan 'Starter Health Kit' yang terdiri daripada pelbagai kombinasi produk dan boleh didapati di outlet kami.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi Anggun Timoer Sanctuary ditalian 016-3315139.

Friday, September 4, 2009

Latar Belakang Anggun Timoer Sanctuary


Anggun Timoer Sanctuary, seindah namanya begitulah yang dapat digambarkan tatkala anda melangkah ke sini. Aroma harum dan menyegarkan menyambut tetamu yang hadir melahirkan suasana yang mendamaikan. Jiwa anda akan terasa tenang tatkala terdengar alunan muzik lembut yang cukup meringankan minda dan menghilangkan segala kekusutan dan bebanan. Setiap anak tangga dihiasi dengan lilin-lilin kecil. Begitulah suasana mempesonakan yang dapat digambarka n jika kaki melangkah masuk ke pusat rawatan holistik ini.

Pusat ini yang beroperasi sejak 2006 dan terletak di Bukit Jelutong Shah Alam telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar yang inginkan kecergasan dalaman dan luaran.

Selain untuk kelihatan cantik, pusat ini juga turut membantu para pelanggan berkenaan dengan penjagaan tubuh badan atau pelansingan. kami sangat mementingkan kepuasan pelanggan, lantaran itu kami sangat cerewet dalam memilih rangkaian penjagaan kulit untuk sesi rawatan wajah dan memilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mempunyai kesan sampingan kerana bebas bahan kimia.

Berbeza dengan spa dan pusat kecantikan lain, Anggun Timoer Sanctuary yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis urutan dan rawatan kecantikan malah lebih menarik pemilik pusat ini Norhafizah Binte Hj Md Ali yang merupakan pengamal yoga terkenal turut mewujudkan aktiviti kecergasan antaranya kelas Yoga, Pilates, Belly Dance dan Jazzercise dan secara langsung mempraktikkan ilmu yang ada padanya. Di sini kami memperkenalkan konsep Islamik Yoga yang memfokuskan kepada pernafasan dan elemen-elemen islam.

Kami juga mengaplikasikan teknik F.I.R. yang merupakan Sistem Pemanasan Inframerah selama 30 minit untuk setiap sesi di dalam kubikel tertutup yang bertujuan untuk membantu mengekalkan kecergasan dan kecantikan tubuh. Kubikel ini terdiri daripada papan pokok tirus untuk rawatan Inframerah Jauh (F.I.R.). Kaedah ini sangat ringkas, cepat dan dimanfaatkan dalam program penurunan berat badan, detoksifikasi, penjagaan kesihatan, anti penuaan, kecergasan serta peremajaan kulit.

Selain dari senarai perkhidmatan di atas, pusat ini juga turut menawarkan perkhidmatan kaunseling berkenaan kecantikan, motivasi sihat, bengkel kesihatan korporat serta perawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.

Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa perlunya menitikberatkan penampilan serta kesihatan, kami turut mengadakan program Office/Home Coaching di pejabat mahupun di rumah dimana menawarkan sesi pengenalan produk dan rawatan, ceramah kesihatan, kelas yoga dan bengkel kecantikan. Badan korporat kerajaan ataupun orang persendirian yang berminat boleh menghubungi Anggun Timoer bagi mengikuti program ini di mana lebih jimat dan memberi banyak manfaat kepada peserta.