Anggun Timoer Sanctuary, seindah namanya begitulah yang dapat digambarkan tatkala anda melangkah ke sini. Aroma harum dan menyegarkan menyambut tetamu yang hadir melahirkan suasana yang mendamaikan. Jiwa anda akan terasa tenang tatkala terdengar alunan muzik lembut yang cukup meringankan minda dan menghilangkan segala kekusutan dan bebanan. Setiap anak tangga dihiasi dengan lilin-lilin kecil. Begitulah suasana mempesonakan yang dapat digambarka n jika kaki melangkah masuk ke pusat rawatan holistik ini.
Pusat ini yang beroperasi sejak 2006 dan terletak di Bukit Jelutong Shah Alam telah mendapat sambutan hangat daripada penduduk sekitar yang inginkan kecergasan dalaman dan luaran.
Selain untuk kelihatan cantik, pusat ini juga turut membantu para pelanggan berkenaan dengan penjagaan tubuh badan atau pelansingan. kami sangat mementingkan kepuasan pelanggan, lantaran itu kami sangat cerewet dalam memilih rangkaian penjagaan kulit untuk sesi rawatan wajah dan memilih produk yang sesuai untuk semua jenis kulit dan tidak mempunyai kesan sampingan kerana bebas bahan kimia.
Berbeza dengan spa dan pusat kecantikan lain, Anggun Timoer Sanctuary yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam ini bukan sahaja menawarkan pelbagai jenis urutan dan rawatan kecantikan malah lebih menarik pemilik pusat ini Norhafizah Binte Hj Md Ali yang merupakan pengamal yoga terkenal turut mewujudkan aktiviti kecergasan antaranya kelas Yoga, Pilates, Belly Dance dan Jazzercise dan secara langsung mempraktikkan ilmu yang ada padanya. Di sini kami memperkenalkan konsep Islamik Yoga yang memfokuskan kepada pernafasan dan elemen-elemen islam.
Kami juga mengaplikasikan teknik F.I.R. yang merupakan Sistem Pemanasan Inframerah selama 30 minit untuk setiap sesi di dalam kubikel tertutup yang bertujuan untuk membantu mengekalkan kecergasan dan kecantikan tubuh. Kubikel ini terdiri daripada papan pokok tirus untuk rawatan Inframerah Jauh (F.I.R.). Kaedah ini sangat ringkas, cepat dan dimanfaatkan dalam program penurunan berat badan, detoksifikasi, penjagaan kesihatan, anti penuaan, kecergasan serta peremajaan kulit.
Selain dari senarai perkhidmatan di atas, pusat ini juga turut menawarkan perkhidmatan kaunseling berkenaan kecantikan, motivasi sihat, bengkel kesihatan korporat serta perawatan dari hujung rambut ke hujung kaki.
Bagi memberi kesedaran kepada masyarakat betapa perlunya menitikberatkan penampilan serta kesihatan, kami turut mengadakan program Office/Home Coaching di pejabat mahupun di rumah dimana menawarkan sesi pengenalan produk dan rawatan, ceramah kesihatan, kelas yoga dan bengkel kecantikan. Badan korporat kerajaan ataupun orang persendirian yang berminat boleh menghubungi Anggun Timoer bagi mengikuti program ini di mana lebih jimat dan memberi banyak manfaat kepada peserta.

No comments:
Post a Comment